Ceramah yang dijadualkan pada jam 9 malam itu bakal menampilkan pemidato daripada dua parti gergasi tanah air, PAS dan UMNO, iaitu Ketua Penerangan PAS Malaysia, Saudara Kamaruzaman Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Al-Fadhil Ustaz Azhar Yahya , Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Dato' Dr Shamsul Anuar Nasaran, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Program yang julung kali diadakan ini merupakan pra-Himpunan Penyatuan Ummah sebelum Perhimpunan Gergasi yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September ini.

Jelajah Ceramah Himpunan Penyatuan Ummah (HPU ini akan diadakan pada September 14) bertujuan:

1) Sebagai usaha awal untuk promosi HPU914.

2) Mewujudkan momentum hingga ke peringkat akar umbi untuk ke HPU914.

3) Mencetuskan kesedaran kepada rakyat akan kepentingan usaha Penyatuan Ummah ini.

4) Mengukir lipatan sejarah Negara, iaitu dua parti tunjang orang Melayu Islam bersatu selepas 62 tahun Negara merdeka.

5) Mewujudkan satu kesinambungan gerakan massa ke arah satu tahap kesedaran politik era baru dengan memartabat Islam sebagai teras.

6) Menyelaraskan gerakan UMNO dan PAS Wilayah Persekutuan ke arah Penyatuan Ummah melalui gerakan politik.

7) Menghasilkan kerjasama dan ikatan silaturrahim antara penyokong dan ahli kedua-dua parti.

Oleh itu, saf kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan amat berbesar hati mengundang saudara serta saudari seisi keluarga untuk hadir ke program Jelajah Ceramah Penyatuan Ummah Peringkat Wilayah Persekutuan.

KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan Pas WP