Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jawatan Mursyidul Am untuk Kit Siang

PUAD JOHOR
MOHD. PUAD ZARKASHI (tengah) dalam sidang akhbar di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor hari ini.-UTUSAN

BATU PAHAT 16 Julai - Pakatan Harapan perlu mewujudkan satu jawatan khas kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menampakkan ‘kesepakatan’ gabungan baharu itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis berkata, pakatan itu kini seolah-olah tidak lengkap kerana hanya tiga pemimpin utama dilihat mengepalai Pakatan Harapan.


“Saya rasa inilah dalam sejarah parti politik ada tiga orang yang mempunyai jawatan yang kita tak tahu pun siapa akan berkuasa nanti dan siapa nak jadi Perdana Menteri. Ini hanya tindakan kosmetik yang tergesa-gesa.


“Agaknya mereka susah nak beri jawatan baru kepada Kit Siang. Jadi saya nak cadangkan tambah lagi satu dalam pakatan, iaitu Mursyidul Am barulah lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Katerina, di sini sebentar tadi.


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, manakala Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai Presiden gabungan itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain