Memetik laporan portal FMT, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malah turut meminta pemimpin dan ahli Pas agar tidak menyebarkan rakaman video berkenaan

“Sebagai seorang muslim, sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.

“Pas menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah,” katanya di sini hari ini.

Dalam video berdurasi 30 saat yang dimuat naik pagi, lelaki dikenali sebagai Haziq Aziz turut menamakan menteri itu yang juga merupakan pemimpin kanan PKR meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci menteri tersebut.

Katanya, kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points, Sandakan, ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas sepatutnya membantu menyelesaikan pelbagai isu ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, bukannya menghabiskan masa dan tenaga dalam perkara tidak bermanfaat.

“Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukuhwah jamaah dan jaga hubungan dengan Allah SWT, agar Allah SWT pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE