tugas anggota tentera selain disifatkannya sebagai tiada fungsi.

Ketua Srikandi negeri Perak, Norhaslinda Zakaria berkata, tuduhan Yew Yin itu juga tidak boleh diterima kerana tidak menyedari keamanan yang dinikmati ketika ini adalah hasil pengorbanan anggota pasukan keselamatan.

Menurutnya, Yew Yin juga bertindak melampau kerana kenyataan tersebut turut menghina Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kata beliau, amatlah malang dan memalukan kerana seorang ahli perniagaan yang membina kekayaan hasil keamanan negara atas keringat anggota pasukan keselamatan yang bersengkang mata mempertahankan negara.

“Mungkin dia tidak pernah terfirkir semasa dia sedang lena tidur di atas tilam empuk di rumah, apakah yang dilakukan oleh anggota tentera?

“Ribuan tentera yang bertugas di sempadan dan belantara tidur beralaskan tanah. Mereka meninggalkan anak isteri dan keluarga sedangkan Yew Yin bersenang lenang di rumah,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Norhaslinda, kenyataan ahli perniagaan itu yang menyamakan anggota tentera dengan buruh ladang kelapa sawit juga menggambarkan dirinya yang ego.

Katanya lagi, selain tugas untuk mempertahankan negara, anggota tentera turut memainkan peranan dalam tugas kemanusiaan membantu rakyat seperti semasa kejadian banjir dan bencana alam lain.

“Yew Yin sendiri tinggal di kediaman mewah, ada pengawal keselamatan dan sistem televisyen litar tertutup (CCTV). Untuk apakah dia pasang (pengawal dan CCTV)?

“Sudah pastinya untuk mengawal keselamatan rumah. Begitu jugalah hakikatnya negara kita ini. Perlu dikawal dan disiapsiagakan dengan peralatan canggih demi memastikan keselamatan negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE