Calon BN Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masyakat di sini diingatkan agar mereka tidak mudah terpedaya dengan propaganda pihak pembangkang.

“Pembangkang hanya datang berkempen ketika masa musim pilihan raya, namun selepas itu menghilang.

“Tetapi kita dalam BN sentiasa bekerja membantu rakyat secara berterusan bukannya hanya pada masa pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Labi dan Kampung Sabang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keadaan geografi yang mencabar dan laluan sungai ke dua kampung itu juga tidak menjadi halangan bagi pihak kerajaan untuk memberikan perkhidmatan elektrik. - UTUSAN ONLINE