Ia sekaligus menolak pandangan rakan sejawatanya dalam Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus, yang mendakwa pemasangan AES dan saman dikeluarkan menepati maqasid syariah dalam Islam.

"Bagi saya jangan gunakan isu maqasid syariah ini untuk kita menyatakan segala-segalanya, sebab maqasid itu luas dia punya perbincangan dan AES hendaklah menggunakan lain-lain kaedah untuk memastikan nyawa terpelihara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasanuddin yang juga Naib Presiden dan Ahli Parlimen Hulu Langat dikecam hebat pelbagai pihak terutamanya warganet ekoran kenyataan itu dan rata-rata mereka menyifatkannya mempergunakan agama untuk tujuan politik. - UTUSAN ONLINE