Menurutnya, malah Perak menjadi negeri pertama yang melaksanakan langkah tersebut apabila usul mengenainya diluluskan dalam sidang DUN negeri baru-baru ini.

Beliau berkata, usul itu diluluskan walaupun ADUN pembangkang enggan mengisytiharkan harta melalui beliau sebagai Speaker DUN.

"Pengisytiharan harta oleh ADUN bukan untuk saya tetapi untuk rakyat. Pengisytiharan harta dibuat melalui saya dan saya akan mengemukakan pengisytaharan tersebut kepada SPRM yang akan membuat pemantauan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Koo Ham memberitahu, beliau akan ke Ibu Pejabat SPRM esok untuk membincangkan lebih lanjut mengenai proses pengisytiharan harta oleh ADUN Perak.

Katanya, perbincangan akan memberi perhatian mengenai arahan dan panduan untuk ADUN akan mengisi borang pengisytiharan harta.

"ADUN diberikan masa tiga bulan untuk mengisytihar harta masing-masing. Ia tempoh yang panjang jadi jangan beri alasan tak cukup masa untuk isytihar harta," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Pengarah SPRM, Latheefa Koya mahu mewajibkan semua ADUN mengisytiharkan harta masing-masing kerana negeri-negeri berisiko menjadi lubuk rasuah. - UTUSAN ONLINE