Beliau bagaimanapun mengakui, apa yang terbaik itu belum tentu dapat memuaskan hati pelbagai pihak terutama yang masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan Abdul Rahim ketika memegang jawatan Ketua Polis Negara sebelum ini.

“Dalam hal ini, ia bukan hanya tentang kes Anwar (insiden mata lebam ketika berada dalam tahanan), sebaliknya, pengajaran yang boleh diambil oleh orang lain (susulan isu berkenaan),” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan anak perempuannya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang membantah dengan keras pelantikan Abdul Rahim Noor untuk jawatan berkenaan.

Naib Presiden PKR itu dalam satu status yang dimuat naik dalam laman Twitter beberapa hari lalu menyifatkan Abdul Rahim sebagai penyerang kejam terhadap seorang lelaki yang tidak bersalah iaitu merujuk kepada insiden yang berlaku kepada bapanya ketika berada dalam tahanan. - UTUSAN ONLINE