Ismail yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, pihaknya akur sekiranya perlu berhadapan dengan Ahli Parlimen Pagoh itu ataupun bertanding di kawasan lain.

“UMNO Pagoh yakin sokongan masyarakat terhadap parti masih utuh walaupun bekas ketua bahagiannya telah mewakili parti lain.

“Ini kerana masyarakat setempat menolak pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat cenderung untuk menjalin kerjasama dengan pembangkang, khususnya DAP,” ujar.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pertanian Bandar 2017, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE