Yang Dipertua Isma Melaka, Mohd. Khoushaini Mohd. Naim berkata, desakan itu ekoran kenyataan biadab dan berbaur perkauman oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat tersebut dalam satu majlis di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menurutnya, Kula Segaran dalam video tular berdurasi 1.25 minit itu menyatakan bahawa Melayu adalah pendatang ketika berucap dalam bahasa Tamil pada majlis berkenaan.

"Oleh itu, kami desak beliau membetulkan semula kenyataannya kerana ia boleh menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum yang telah hidup aman damai sejak sekian lama di negara ini.

"Kenyataan tersebut telah menghasut sebahagian kaum India untuk turut mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh, di sini petang ini.

Yang turut hadir, Naib Yang Dipertua Isma, Shuhaib Ar-rumy Selamat; Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia Isma, Nurul Aizam Zaini serta kira-kira 20 ahli Isma Melaka. - UTUSAN ONLINE