Haslihelmy DM Zulhasli
Haslihelmy DM Zulhasli 

Timbalan Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, mana-mana pemimpin politik tidak boleh lari daripada prinsip kejujuran dan integriti.

"Dua perkara ini menggambarkan peribadi dan karakter seseorang pemimpin itu. Kalau hal begini pun (ijazah) sanggup menipu, bagaimana dengan perkara-perkara yang melibatkan negara?

"Justeru, sebagai anak muda saya ingin mengingatkan mana-mana pemimpin parti politik agar tidak terus menipu dan retorik semata mata hanya untuk menampakkan yang diri anda sempurna serta bersih," katanya di sini hari ini.

Haslihelmy meminta semua pihak balik kepada sejarah pemimpin terdahulu yang berjuang mencapai kemerdekaan dengan semangat tinggi hanya kerana demi membangunkan negara yang dicintai.

"Tanpa sijil sekalipun, jika kita ikhlas dalam memperjuangkan hal-hal rakyat, insya-Allah dan percayalah rakyat akan menilai sikap pemimpin tersebut," ujarnya. - UTUSAN ONLINE