Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hutang tersebut hanya akan dihapuskan oleh agensi berkenaan berdasarkan perkara tertentu seperti dalam konteks ‘ hutang tidak wajar’.

Malah beliau menggunakan prinsip dan teras dalam Islam  hutang wajib dibayar dan merupakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak iaitu peminjam serta orang yang meminjam.

“Kita perlu baca konteks yang sepenuhnya dalam manifesto  PH. Hapuskan semua hutang Felda tidak wajar kerana ia satu akad yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam Islam.

“ Kerajaan hanya hapuskan hutang ‘tidak wajar'contohnya peneroka perlu berhutang untuk guna baja import yang mahal dan dalam masa yang sama kita mahu galakkan mereka guna baja tempatan.

"Selain itu kita hanya hapuskan kadar faedah hutang peneroka, itu pun ikut keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke tapak projek rumah generasi Kedua Felda Sungai Koyan 2 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.