Kedua-duanya dipilih bagi me­nggantikan Dr. Ariffin S.M. Omar dan Siti Aishah Shaik Ismail yang tamat tempoh perkhidmatan Sena­tor mereka pada 1 Jun lalu.

Pada masa sama, Ketua Pembangkang, Muhammad Yusoff­ Mo­hd. Noor pula dilantik menge­tuai Jawatankuasa Kira-kira Wa­ng Negara (PAC) peringkat ne­geri yang turut dibarisi sembilan ADUN lain.

Cadangan pelantikan Muhammad Yusoff (BN-Sungai Dua) itu dibuat sendiri oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada sesi pembentangan rang undang-undang dan usul hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) juga mencadangkan diwujudkan AJK bagi Hak dan Kebebasan serta AJK Dewan Ke-14 yang kedua-dua­nya dipengerusikan oleh Spea­ker DUN, Datuk Law Choo Kiang.

Pada masa sama, Choo Kiang juga dicadangkan untuk me­nge­tu­ai AJK Peraturan-peraturan Me­syuarat.

Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P Ramasamy pula mengusulkan agar AJK Perlembagaan dibentuk dengan diterajui Kon Yeow.

Dalam pada itu, sidang DUN penggal pertama kali ke-14 juga sebulat suara menyokong Rang Undang-Undang berkaitan Industri Berasaskan Kayu (Pindaan 2018) yang dibentangkan hari ini.

Terdahulu, Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) berpendapat, hukuman yang dikenakan di bawah rang undang-undang berkaitan industri perkayuan ketika ini terlalu rendah dan mahu ia dinaikkan.

Cadangannya dipersetujui Go­oi Hsiao-Leung (PKR-Bukit Tengah) dan dua lagi penyokong kerajaan, M. Satees (DAP-Bagan Dalam) serta Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (Bersatu-Bertam).

Muhammad Faiz Fadzil (Ama­nah-Permatang Pasir) yang men­celah ketika rang undang-undang itu dibentangkan juga sependapat dan berharap hukuman dinaikkan bagi melindungi industri perkayuan di negeri ini sebelum ia dibaca buat kali ketiga.