Beliau yang juga ahli exco kerajaan negeri berkata, ugutan pertama diterimanya melalui tangkap layar satu kumpulan

WhatsApp pada Ahad.

Katanya, hari ini beliau satu lagi ancaman yang sama melalui akaun Instagram.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh pegawainya pada Ahad lalu mengenai ugutan yang diterimanya melalui aplikasi

Whatsapp.

Beliau turut bercadang untuk membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh terhadapnya melalui akaun Instagram.

"Ugutan sebegini bukanlah asing dalam media sosial tapi kebanyakkan menggunakan akaun palsu.

"Namun ugutan melalui aplikasi Whatsapp terhadap saya mengandungi mesej yang terlampau, sangat jelas mengugut saya malah mesej melalui Whatsapp terdapat nombor telefon si pengugut.

"Saya risaukan keselamatan ahli keluarga saya. Polis juga telah mengambil keterangan saya semalam ekoran laporan yang telah dibuat pada Ahad," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai punca ugutan yang diterimanya, Howard enggan mendedahkan sebabnya, bagi mengelak lebih banyak spekulasi.

Menurutnya, secara peribadi beliau memaafkan individu yang mengugutnya yang disifatkan sudah terpeseong dengan pemikiran sendiri.

"Namun setiap individu harus menjaga percakapan masing-masing," katanya. - UTUSAN ONLINE