Salahuddin berkata, perkara tersebut adalah bagi memastikan kestabilan kerajaan dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Harapan tidak goyah.

“Saya sedar ramai yang kecewa kenapa saya tidak dilantik sebagai Menteri Besar Johor. Semua harus faham bahawa pelantikan jawatan Menteri Besar adalah tertakluk kepada apa yang tercatat di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor.

“Masih banyak ruang yang saya boleh berperanan selepas ini di Johor. Apa yang penting kita mesti menunaikan tanggung jawab besar di atas mandat yang telah rakyat berikan kepada kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE