JEFF TAN KER CHIANG
JEFF TAN KER CHIANG

Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pudu Kuala Lumpur, Jeff Tan Ker Chiang berkata, perkara itu sekali gus menolak tanggapan negatif pihak tertentu bahawa graduan universiti yang menjual nasi lemak adalah sesuatu yang memalukan dan tidak boleh dibanggakan.

“Graduan universiti yang menjual nasi lemak bukanlah sesuatu yang memalukan kerana mereka sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk mencari rezeki.

“Perkara ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia memupuk sikap graduan untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang akhirnya mampu membuatkan mereka menjana pendapatan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.