Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gaya dan cara berpolitik seumpama ini tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan negara.

“PKR tegas dan konsisten menolak sebarang bentuk permainan politik kotor terutamanya apabila kerajaan baharu Pakatan Harapan telah dipilih oleh rakyat atas semangat agenda reformasi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada penularan sebuah video intim yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan parti sejak kelmarin.

Pada awal pagi ini, individu mendakwa terlibat sama dalam video terbabit dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan. - UTUSAN ONLINE

Kenyataan