Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz  berkata, orang Islam di Malaysia tidak akan bersetuju pendakwah Islam terkenal itu disuruh keluar dari negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dalam satu hantaran di Facebook juga berkata, orang Islam yang menyokong Zakir dihalau dari Malaysia merupakan talibarut kepada musuh agama tersebut.

"Setiap muslim adalah bersaudara. Haram ke atasnya menzalimi saudaranya sendiri dan haram ke atasnya membiarkan saudaranya itu dizalimi oleh sesiapapun.

"Tiada kejuaraan sebenar kecuali kejuaraan perjuangan menegakkan kalimah Allah di dalam diri dan tanah air," tulis Nik Aziz.

Beberapa pihak sebelum ini menggesa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar pendakwah kontroversi itu  tidak lagi dibenarkan untuk dikekalkan di negara ini.

Dua menteri dari DAP iaitu M. Kulasegaran dan Gobind Singh Deo turut membangkitkan isu kehadiran Zakir Naik ke negara ini termasuk beberapa kenyataan kontroversi dibuat oleh pendakwah antarabangsa itu kepada Dr. Mahathir dalam Mesyuarat Kabinet semalam.-UTUSAN ONLINE