HALIMEY ABU BAKAR
HALIMEY ABU BAKAR

Malah, Halimey yang sebak dan terdiam seketika ketika diajukan soalan sedikit pun tidak menjadikan kesusahan dan perbezaan latar belakang antaranya dan calon Pas, Dr. Halimah Ali alasan untuk mengalah dalam PRK tersebut.

“Memang saya anak setinggan dan tahu susahnya kehidupan ketika itu. Bapa saya bekerja sebagai peniaga pasar malam. Pernah ayah saya dapat RM20 sahaja sehari.

“Sebab itu salah satu fokus utama saya adalah mahu membantu penduduk miskin bandar,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PH PRK DUN Seri Setia di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE