Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara calon yang ditukar ke kawasan baharu ialah Datuk Halimah Mohd. Sadique dari Parlimen Tenggara ke Kota Tinggi.

Turut berpindah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat ke Parlimen Sekijang manakala penyandang kerusi DUN Bukit Kepong (kini dikenali Bukit Serampang), Ismail Mohamed ke Parlimen Pagoh.

Pengumuman itu dibuat Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar di Ibu pejabat UMNO negeri di Jalan Yahya Awal di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE