kerana memberi pandangan secara terbuka kepada media berhubung cadangan pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung baharu.

Menurutnya, beliau tidak gembira dengan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri itu kerana telah memberikan peluang untuk Abdul Aziz menyuarakan pandangannya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

Beliau berkata, Abdul Aziz boleh memberikan pandangan pada bila-bila masa berhubung isu berkenaan di pejabatnya secara tertutup dan bukan secara terbuka.

" Saya rasa disiplin sebagai ahli MMK perlu diperbaiki dan masing-masing perlu faham bila masa kita perlu keluarkan pandangan dan sebagainya kerana bukan semua perkara kita boleh sebut sesuka hati.

"Tapi saya fikir ini pengalaman baharu bagi ramai orang termasuk saya. Perkara ini boleh dibaiki dan jangan tunjuk perbalahan dan perbezaan ini secara terbuka kepada umum, ini kurang baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis korban di Masjid Al-Mukmin di Kampung Batu 3 di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE