Isu ini menjadi sensasi apabila Negeri Johor mengekalkan had umur Belia kepada 40 tahun dan secara jelas menolak permintaan Kerajaan Persekutuan untuk menurunkan Had umur Belia.

Syed Sadiq sebagai Menteri Belia Dan Sukan dengan sengaja membangkitkan isu ini apabila Johor menolak penurunan Had Umur Belia, sedangkan Negeri Selangor dan Sarawak sudah menolak cadangan ini sebelum Negeri Johor.

Kegagalan mendapatkan sokongan Negeri-Negeri untuk menurunkan had umur belia sudah pasti ada asasnya, pendirian Negeri Selangor, Sarawak, Perlis, Pahang, Kelantan dan Kedah yang menolak cadangan ini bukan dibincangkan di tepi korido atau ruangan Parlimen seperti apa yang YB Syed Sadiq lakukan, Majlis Belia membawa usul dalam mesyuarat dan membuat keputusan demi kebaikan Belia.

Syed Sadiq menutup kegagalan beliau sebagai Menteri dengan sengaja mensensasikan perkara ini. Beliau mensasarkan Istana Johor untuk menutup kelemahan beliau sendiri. Bukan hanya itu, beliau “merengek” macam budak hingusan apabila mengadu perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan Presiden PPBM.

Sudahkah beliau mendapatkan pandangan Amir MB Selangor kenapa Negeri Selangor menolak, kan Selangor antara negeri yang awal menolak cadangan ini!?

Demikianlah perangai Syed Sadiq yang sengaja mahu menutup kegagalan beliau dengan menuduh Istana Johor dengan pelbagai tuduhan, sepatutnya beliau tidak terlalu “Personal” dengan Istana Johor.

Perdana Menteri juga ada banyak kerja, sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan Profersional dan Kebijaksanaan, bukan mengheret Belia dalam Kancah Politik Kotor Pakatan Harapan.

Semasa saya menjaga Sukan di Wilayah Persekutuan, saya amat faham, urusan Belia dan Sukan tertakluk kepada SUK Negeri, jesteru itu, Syed Sadiq sepatutnya menghormati urusan Negeri dan bidang kuasa mereka, jangan campur tangan didalam urusan Negeri Johor. - UTUSAN ONLINE

Datuk Mohd. Razlan Rafii ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia