Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, DAP sanggup menggadai maruah dan prinsip mereka termasuk bekerjasama dengan musuh lama Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk meraih undi Melayu.


"Demi mengaut undi kaum Melayu, DAP sanggup menggadaikan lambang roket mereka... kita (MCA) percaya penyokong DAP amat kesal dengan tindakan pemimpin mereka," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto MCA untuk PRU14, di Wisma MCA, di sini hari ini.


Tiong Lai juga berkata, keputusan Pakatan Harapan untuk menggunakan satu logo bersama pada PRU14 nanti tidak akan menjejaskan Barisan Nasional memandangkan setiap parti dalam pakatan itu mempunyai agenda masing-masing. 


Sementara itu, Tiong Lai berkata, calon MCA akan diumumkan dalam masa satu atau dua hari lagi selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Senarai pendek calon MCA telah diserahkan kepada Pengerusi BN itu untuk pertimbangan beliau, kata Tiong Lai. - BERNAMA