Setiausaha Politik­nya, Tony Pua berkata, tindakan saman itu juga mungkin dikenakan terhadap media yang melaporkan per­kara ber­kenaan.

“Peguam kepada menteri menasihatkan beliau berhak me­ngemukakan saman fitnah ter­hadap mana-mana media pro-Barisan Nasional yang berterusan menyiarkan penipuan dengan mempertikaikan kedudukan dan kredibilitinya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

TONY PUA
TONY PUA 

Semalam, Ka Siong menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya meminta Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, menjelaskan bagaimana beliau berjaya menjadi akauntan profesio­nal bertauliah setahun sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Uni­versiti Monash ke­­rana terdapat dua perkara pelik mengenai maklumat yang disiarkan dalam laman web limguaneng.com berke­na­an kela­yakannya.

Menjawab persoalan itu, Pua berkata, kalendar akademik Aus­tralia berakhir pa­da bulan November sebelum cuti musim panas, oleh itu, pada akhir 1983, Guan Eng telah menamatkan dan lulus semua peperiksaan berkaitan bagi membolehkan beliau mempero­leh ijazah serta kelayakan untuk menjadi akauntan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu turut berkata, Guan Eng juga menerima sijil keahlian Australian Society of Accountants tiga bulan selepas lulus peperiksaan pada 21 Februari 1984.

“Malah, keahliannya sebelum menerima ijazah pada 11 April 1984. Pemegang doktor falsafah seperti Ka Siong sepatutnya boleh menyatakan perbezaan an­­tara seseorang yang sudah ber­­graduasi daripada universiti ber­dasarkan tempoh menerima sijil rasmi, yang boleh dikeluarkan enam bulan atau setahun selepas itu.

“Memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi tidak bermakna Guan Eng tidak belajar subjek akauntan atau tidak layak menjadi ahli Australian Society of Accountants,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelayakan Guan Eng sama ada akauntan bertauliah atau akauntan berkanun, Pua menunjukkan salinan sijil Australian Society of Accountants, yang tertera Menteri Kewangan itu sebagai provisional member (ahli sementara).