Zahida Zarik
ZAHIDA ZARIK

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tuduhan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah serius dan perkara tersebut perlu disiasat segera.

“Bila sudah jadi menteri tapi masih dengan perangai pembangkang. Serahkan kepada pihak berkuasa, itu yang sepatutnya.

“Hakikatnya, bermula 1 September ini, rakyat akan bayar SST (cukai jualan dan perkhidmatan) yang lebih tinggi daripada sebelumnya,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Guan Eng ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) dalam sidang Dewan Rakyat mendakwa wang bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion telah hilang akibat 'dirompak' di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing. – UTUSAN ONLINE