Malah, Malaysia mungkin berhadapan dengan cukai berkenaan di era pemerintahan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya keadaan ekonomi dunia ketika itu adalah tidak menentu seperti sekarang.

ZULKORNAIN YUSOP
ZULKORNAIN YUSOP

Presiden Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Zulkornain Yusop berkata, selain telah dilaksanakan di lebih 170 buah negara termasuk negara jiran Thailand dan Vietnam, pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu terbukti berkesan mengelakkan defisit.

"GST pada ketika ini bukanlah sesuatu yang baharu dan boleh dikategorikan sebagai bukan perkara pelik.

"Kadar yang dikenakan di Malaysia ini adalah berpatutan dan tidak tinggi dan saya rasa ia tidak seharusnya menjadi 'ungkitan' pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam sebelum ini memaklumkan bahawa, cadangan pelaksanaan GST di negara ini telah dicadang sejak zaman pemerintahan calon Perdana Menteri sementara pembangkang itu lagi.

Jelas beliau, butiran cadangan dan ucapan Menteri Kewangan terdahulu seperti Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diperolehi di laman web rasmi JKDM. - UTUSAN ONLINE