Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, exco yang berkenaan sedang aktif melobi untuk menggantikan Ahmad Faizal.

Katanya, exco berkenaan sedang memujuk wakil rakyat UMNO untuk menyokong jika berlaku usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

“Exco berkenaan kononnya kata telah mendapat restu daripada Pusat, daripada Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

“Terpulang kepada Menteri Besar sekarang apa dia rasa, apa perasaan seorang Menteri Besar apabila dia tahu Exco sedang bergerak untuk menjatuhkan dia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE