Bukan sekadar digantung, lambang dan bendera parti akan diolah menjadi pelbagai objek yang boleh menarik minat orang ramai melihat, sekali gus membantu membuat pilihan.

Berikut himpunan gambar-gambar kreatif parti politik sepanjang tempoh kempen PRU-14 yang dirakam jurugambar Utusan Malaysia dan Bernama. - UTUSAN ONLINE

Kreativiti kempen PRU-14


REPLIKA kapal selam yang dibuat penyokong PAS di tepi jalan besar berdekatan Kampung Deraka, Kuantan. - BERNAMA

Kreativiti kempen PRU-14

REPLIKA penyu dan kapal terbang dihasilkan di Kampung Bongor Baru, Baling, Kedah. - BERNAMA
Kreativiti kempen PRU-14

REPLIKA kapal layar gergasi yang dibina seramai 50 orang ahli Kesatuan Nelayan Jeti Sungai Balang ini menggunakan bendera Barisan Nasional   sempena PRU-14 di Muar, Johor. - UTUSAN ONLINE/Nur Aisyah Mazalan
Kreativiti kempen PRU-14

REPLIKA kapal terbang yang disaluti bendera PKR  dihasilkan penduduk Kampung Melur, Ketereh, Kelantan. UTUSAN ONLINE/Ghazali Basri
Kreativiti kempen PRU-14

REPLIKA kereta kebal dari bendera  Pas  menghiasi Jalan Simpang Renggam Benut bagi menghadapi PRU-14 di Johor. - UTUSAN ONLINE/Raja Jaafar Ali
Kreativiti kempen PRU-14

JENTERA BN P. 096 Kuala Selangor bertungkus lumus menyiapkan replika kapal disaluti bendera BN di Puncak Alam. - UTUSAN ONLINE/Wan Mazlan Wan Harun
Kreativiti kempen PRU-14

JENTERA parti Pas menggunakan kren bagi menyiapkan replika wau bulan setinggi 21 meter dan 17 meter lebar di Pekan Kedai Buloh, Dun Bukit Payong, Marang, Terengganu. - UTUSAN ONLINE/Azlan Bahrum
Kreativiti kempen PRU-14

AHLI-AHLI UMNO cawangan Bunga Kesuma menghias bendera Barisan Nasional (BN)  pada replika 'wau puyuh' yang diletakkan di simpang tiga pasar Presint 9 Putrajaya. Lebih menarik, wau puyuh sepanjang kira-kira lima meter itu turut dihiasi dengan lampu warna warni sekali gus nampak lebih menarik pada waktu malam dan menjadi tarikan sepanjang PRU-14 ini. - UTUSAN ONLINE/Zaki Amiruddin
Kreativiti kempen PRU-14

REPLIKA Menara Berkembar Petronas yang dibuat daripada bendera Barisan Nasional di PPR Lembah Beringin, Kepong. - UTUSAN ONLINE/Surya Bonma
Kreativiti kempen PRU-14
MUHAMMAD FIRDAUS MOHD. PAUDZI, 20 (atas) menyiapkan replika Wau Burung daripada bendera BN di Kampung Alur Tuman, Marang Terengganu. - UTUSAN ONLINE/Azlan Bahrum
Kreativiti kempen PRU-14

REPLIKA kereta perisai menggunakan bendera Barisan Nasional di Kampung Temin Jerantut, Pahang. - UTUSAN ONLINE/Ahmad Zakki Jilan
Kreativiti kempen PRU-14

MOHD. FARIZAM OMAR (kanan) bersama abang iparnya Meor Zulzamri Meor Sidek memperkemaskan replika kapal terbang yang direkanya mengunakan bendera Barisan Nasional dan diletakkan di Jalan Sungai Balang Besar sempena PRU-14 di Muar, Johor. - UTUSAN ONLINE/Nur Aisyah Mazalan
Kreativiti kempen PRU-14

Sebuah kereta melintasi hadapan sebuah replika kereta kebal yang dibaluti dengan bendera Pas di salah satu simpang jalan Klang - Banting di Sijangkang , Selangor. - UTUSAN ONLINE/Saharudin Abdullah