Menurut beliau, bukti jelas bagi menafikan perkara tersebut adalah kegagalan parti itu meyakinkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghentikan operasi kilang Lynas di Kuantan, Pahang.

“Penipuan sebegini daripada Najib serta merta didedahkan apabila DAP tidak berjaya meyakinkan Dr. Mahathir untuk menutup kilang memproses nadir bumi Lynas, tetapi akan terus berusaha untuk meyakinkan Perdana Menteri untuk memahami keresahan tulen yang dinyatakan oleh pejuang alam sekitar.

“Namun pada masa yang sama, Najib membidas dirinya sendiri apabila meminta DAP yang konon-kononnya ‘kingmaker’ untuk meletakkan jawatan kerana gagal untuk menutup kilang memproses nadir bumi Lynas?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Najib dilaporkan mendakwa DAP menjadi ‘kingmaker’ dalam PH selepas PRU-14 dengan memberi contoh lantikan beberapa jawatan seperti Peguam Negara yang ‘terpaksa’ diberikan kepada calon DAP. - UTUSAN ONLINE