"Dalam parti-parti itu sendiri mungkin terdapat pertelingkahan untuk mendapatkan jawatan dan sebagainya tetapi ia tidak menjejaskan gabungan PH. Kami mempunyai empat parti dan satu bukan dalam gabungan tetapi dalam kerajaan (Warisan).

"Keempat-empat parti ini sama kuat dan kami perlu mencapai kata sepakat apabila ingin membuat sebarang keputusan...mungkin terdapat perbezaan tetapi kami boleh menerimanya dan sehingga kini kami berfungsi dengan baik dalam kerajaan," katanya dalam Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia yang tinggal di Austria dan Republik Slovak di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada pakatan itu berdepan perbalahan selepas dipilih menjadi kerajaan sejak Mei tahun lepas.

PH terdiri daripada empat parti iaitu PKR, DAP, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Perdana Menteri sedang melakukan lawatan kerja tiga hari ke Austria. - BERNAMA