FATHUL BARI MAT JAHYA
FATHUL BARI MAT JAHYA

Dalam masa sama, beliau juga menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat bagi melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh dalam Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, sudah tiba masanya parti itu menampilkan muka-muka baharu selain menggabungkan kepemimpinan pelbagai generasi bagi membentuk sebuah pasukan yang bakal berperanan mengembalikan kebangkitan UMNO.

“Rakyat hendak tengok perubahan di dalam UMNO dengan nama-nama yang lebih segar seterusnya menarik kembali kepercayaan rakyat terhadap parti,” katanya di sini hari ini.

Tambah Fathul Bari, pertandingan dalam pemilihan kali ini bukan soal mengejar pangkat sebaliknya lebih bertumpu kepada mereka yang betul-betul ingin mengambil tanggungjawab selain mempunyai semangat perjuangan dalam memulihkan kembali UMNO.

“Sekarang ini bukan lagi soal mengejar pangkat atau kedudukan di dalam parti tetapi untuk mengambil tanggungjawab hendak memulihkan kembali parti.

“Pada masa ini, kita perlu menjadi pembangkang yang berkualiti serta mampu memberi hujah-hujah berkesan bagi berhadapan dengan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.- UTUSAN ONLINE