Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, proses pengundian tersebut akan berjalan seperti biasa seperti mana proses pilihan raya dijalankan sebelum ini.

"Kita tidak akan panjangkan masa mengundi atau menutup lambat (pusat mengundi) atas faktor keselamatan dan bahaya juga untuk logistik.

"Perkara ini memang berlaku dari dulu dimana pada pilihan raya umum lalu pun kita tutup awal namun jumlah pengundi yang keluar mengundi di kawasan tersebut mencecah 80 peratus. Saya tidak rasa ia akan menjejaskan (jumlah pengundi)," katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat mengundi awal di Balai Polis Brinchang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa wujud usaha untuk mengurangkan peratusan keluar mengundi dalam PRK Parlimen itu apabila tempoh mengundi di DUN Jelai yang dimenangi Barisan Nasional (BN) berakhir awal.

Menurut Annuar, tempoh mengundi di sebahagian besar Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Jelai terlalu singkat dan ada yang ditamatkan seawal pukul 1 petang manakala hanya empat PDM iaitu di DUN Tanah Rata yang dimenangi DAP iaitu di Bertam Valley, Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang ditamatkan pada pukul 5 petang. - UTUSAN ONLINE