Baginda berpesan semua Exco tersebut supaya memberikan kerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal demi kemajuan ekonomi dan kepentingan negeri ini.

Sultan Johor bertitah demikian semasa Istiadat Pelantikan Exco dan videonya dimuat naik dalam Facebook rasmi Baginda sebentar tadi. 

Hari ini 10 Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu mengangkat sumpah dan tiga antaranya muka baharu iaitu ADUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi, 69, ADUN Tenang, Mohd. Solihan Badri, 62, dan ADUN Jementah, Tan Cheng Choon, 49. - UTUSAN ONLINE