Mereka terdiri daripada Datuk Bolkiah Ismail yang merupakan ADUN Pitas; Datuk Masiung Banah (Kuamut); Datuk James Ratib (Sugut) dan Datuk Limus Jury (Kuala Penyu).

Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Idris kira-kira pada pukul 3 petang.

Mereka kemudiannya mengadakan pertemuan secara tertutup dengan Mohd. Shafie yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah semalam dan dipercayai akan menyertai Warisan. - UTUSAN ONLINE