Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran itu yang membawa gelaran Datuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-17 pada 14 April lalu.

Darjah kebesaran berkenaan dikurniakan dalam Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada sebelah pagi ini.

Sebentar lagi Menteri Besar dan barisan Exco yang baru mengangkat sumpah akan mengadakan sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskandar Puteri dekat sini. - UTUSAN ONLINE