KUALA LUMPUR 17 April - Selepas dinasihatkan supaya mencurahkan kebajikan di Klinik 1Malaysia, Pengerusi PPBM yang dibubarkan sementara, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerang kembali Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu hanya layak menjadi ustaz untuk mengajar agama di kampung sahaja.
Malah Dr. Mahathir turut menyindir Abdul Hadi sebagai tidak layak untuk memasuki bidang politik kerana bekas Menteri Besar Terengganu itu tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang tersebut.
“Dia patut jangan masuk politik dia patut jadi ustaz, ajar di kampung-kampung yang mana dia cukup layak.
“Tetapi dalam politik dia tak tahu apa pun jauh sekali dalam bidang pentadbiran, bila dapat Terengganu apa jadi dia (Abdul Hadi) tadbir,” katanya dalam sidang akhbar di Galeri PPBM di sini hari ini.
Semalam, Abdul Hadi menasihatkan Dr. Mahathir yang dinamakan sebagai calon gabungan pakatan pembangkang PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi untuk bekerja sebagai doktor di Klinik 1Malaysia untuk berbakti kepada rakyat. - UTUSAN ONLINE
Bukan mudah pilih calon