Perdana Menteri berkata, gambar itu diambil memandangkan semua jemaah menteri Kabinet hadir dalam mesyuarat tersebut.

"Semalam merupakan satu-satunya mesyuarat yang dihadiri semua ahli Kabinet.

"Jadi kami hanya mengambil gambar beramai-ramai," katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di MAEPS Serdang, dekat sini hari ini.

Semalam tular dalam media sosial sekeping gambar barisan menteri Kabinet sebelum berlangsungnya mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - UTUSAN ONLINE