Beliau yang menerajui negara selama 22 tahun  berkata, Tun Razak yang menjemputnya untuk menganggotai UMNO semula selepas dibuang oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Saya akui, saya berhutang budi dengan Tun Razak yang telah membantu karier politik saya.

"Disebabkan itu, saya menyokong anak beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan Perdana Menteri bagi membalas budi Tun Razak," katanya pada Majlis Jasamu Dikenang anjuran Pertubuhan Kebajikan Prihatin Suara Tanjung Piai, Kukup, dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE