Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, atas sebab itu, kajian perlu dilakukan bagi meneliti semula 10 janji 100 hari itu.

"Kita mendapati banyak masalah dan berpendapat sebahagian janji dalam manifesto menimbulkan masalah dan kalau laksanakan, mungkin kita akan alami kerugian amat besar.

"Sebab itu kita kena ada kajian atau beritahu kepada kerajaan PH untuk mengkaji semula janji-janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah, tapi sekarang kita menang, jadi sekatan-sekatan itu kena pada kita," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - UTUSAN ONLINE.