Beliau mendakwa, kedua-dua pemimpin itu seolah-olah takut kerana sehingga kini masih enggan berdebat walaupun idea itu dicetuskan mereka sendiri pada awal tahun ini.

"Awal tahun ini, Lim Kit Siang setuju berdebat dengan saya.

"Lalu Kit Siang tarik diri dan lari cepat-cepat dengan alasan 'orang Melayu berdebat dengan orang Cina akan mencetuskan sentimen perkauman habis-habisan'," katanya dalam satu perkongsian status dalam akaun Facebook beliau sebentar tadi.

Dalam perkongsian sama, Najib turut menyelar alasan angkuh Guan Eng yang enggan berdebat dengan Ka Siong kerana ketika itu beliau bukan Presiden MCA.

"Tahun lepas, Guan Eng beri alasan yang cukup angkuh untuk elak debat. Dia kata Wee Ka Siong masa itu hanya Timbalan Presiden MCA manakala Guan Eng adalah 'boss' parti DAP.

"Sekarang, Wee Ka Siong dah jadi Presiden parti MCA dan mencabar Guan Eng sekali lagi. Ini bermakna Guan Eng tak boleh menggunakan alasan lama dia.

"Tapi saya bimbang kali ini Guan Eng akan cuba lari dari debat lagi dengan alasan baharu 'orang Cina berdebat dengan orang Cina akan mencetuskan sentimen perkauman habis-habisan'," sindirnya. - UTUSAN ONLINE