Pelantikan Mohd. Zahari bagi menggantikan Datuk Bentara Dalam A. Rahman Yahya yang bersara.

Sempena persaraannya hari ini, A. Rahman, 60, mengetip kad terakhir di pejabatnya di Tingkat 15 Wisma Darul Iman di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.

Sementara itu, Mohd. Zahari dilantik sebagai SUK Terengganu yang baharu setelah mendapat persetujuan dan pengesahan pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu yang bersidang semalam.

Majlis persaraan dan penyerahan nota serah tugas SUK dijadual berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini pukul 11.45 pagi esok. - UTUSAN ONLINE