GOBIND SINGH DEO
GOBIND SINGH DEO

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, tiada keputusan pernah dibuat dalam PH berhubung usaha berkenaan.

"Saya rasa Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah sebut dengan jelas perkara ini dan kita amat mendokong pendirian ini.

"Itu apa dia (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) sebut (cadangan kerajaan perpaduan), setakat mana saya tahu, tiada keputusan dibuat dalam PH," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berharap penubuhan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan mana-mana parti politik dalam kerajaan dapat direalisasikan segera.

Pada masa sama, Gobind selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, tiada siaran langsung akan dibuat oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama ke atas Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Jumaat ini.

Namun katanya, semua media termasuk RTM dan Bernama bebas membuat liputan berita berhubung acara perhimpunan itu.

"RTM sudah ada program tertentu yang telah disusun lebih awal untuk disiarkan sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO itu," katanya. - UTUSAN ONLINE