Bagaikan sudah tiada modal, perkataan ‘Hapuskan GST’ disebut berulang-kali dan menjadi intipati sepanjang ceramah yang diadakan di bilik operasi DAP di Batu Kawa di sini malam ini.

Malah, para pemimpin DAP yang menyampaikan ceramah asyik menempelak kepimpinan Barisan Nasional(BN) diketuai Datuk Seri Mohd Najib mendakwa sebagai punca beban dan kos sara hidup meningkat sejak GST diperkenalkan di negara ini.

Antara yang menyampaikan ceramah ialah Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, Pengerusi PAN Sarawak, Fidzuan Zaidi dan Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen.

Ceramah bertemakan ‘Bina Harapan Malaysia’ itu menarik kehadiran kira-kira 1,000 masyarakat di sekitar bandar raya Kuching khasnya masyarakat Cina.