Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, siasatan dalaman penting bagi memberikan keadilan dan beliau berhak memberikan surat tunjuk sebab.

“Itu dalam siasatan polis kita serahkan kepada polis. Kita takut ada kes fitnah atau teraniaya, maknanya penyiasatan dalam parti juga akan dibuat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Tengku Zulpuri, DAP memandang serius isu itu kerana tidak mahu parti berkenaan dilihat sebagai sebuah parti yang ganas atau tidak mengikut undang-undang.

Why Leong dilaporkan ditahan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut semalam bagi membantu siasatan selepas dikatakan mengugut Mazlan Khamis lalu.

Difahamkan laporan polis dibuat Mazlan pada Jumaat lepas selepas menerima mesej berbaur ugutan yang didakwa daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp. - UTUSAN ONLINE