Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, berikutan kegagalan DAP itu, tugas tersebut kini menjadi tanggungjawab kepada pihak pembangkang.

“Ini bukan hanya terhad kepada MCA, UMNO, MIC dan Pas, kami juga mengalu-alukan ahli-ahli dan penyokong DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk membantu sekiranya mereka juga bersetuju dengan konsep semak dan imbang terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sin Woon berkata, DAP pernah berjanji untuk mengawal Perdana Menteri tetapi sebaliknya kini parti itu lebih banyak mendiamkan diri selepas menjadi kerajaan.

“Isu-isu seperti projek kereta nasional ketiga, Perdana Menteri memegang jawatan pengerusi Khazanah Nasional Berhad, pemberian kontrak kepada anak Perdana Menteri dan lain-lain lagi, kesemuanya disokong DAP kali ini walaupun sebelum ini mereka pernah membantahnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE