Sambil menyifatkan pendedahan itu juga tidak berasas serta tidak munasabah, tegas beliau, dakwaan Raja Petra hanya bertujuan memburukkan individu yang dikaitkan serta kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, seperti dijelaskan sebelum ini, projek terowong dasar laut itu dibuat secara

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG 

tender terbuka sekali gus tidak memungkinkan wujudnya unsur rasuah.

Dalam masa sama, tambah­nya, tuduhan rasuah dalam projek terowong itu juga sudah disiasat di bawah kerajaan terdahulu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Jadi jelas tuduhan ini (pendedahan Raja Petra) tidak munasabah dan mengarut.

“Saya tak tahu apa lagi peni­puan yang dibuat. Adakah kita mahu melayani penipuan ini.

“Kita kena ingat bagaimana tuduhan ini boleh menjadi ber­asas apabila semua tahu projek terowong dasar laut ini dibuat secara tender terbuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut mengingatkan bagaimana Ketua Pene­rangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan pernah menarik balik dakwaan rasuah terhadap beliau berhubung kes tersebut di mahkamah sekali gus menun­jukkan tiada unsur rasuah dalam projek berkenaan.

Dalam masa sama, ujar beliau, individu yang disebut menerima rasuah dalam pendedahan Raja Petra termasuk empat anggota Exco kerajaan negeri ketika itu juga ada daripadanya tidak terlibat secara langsung dalam projek tersebut.

Raja Petra menerusi portal Malaysia Today sebelum ini menerbitkan beberapa artikel yang memaparkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas terowong dan projek jalan raya dengan anggaran RM6.3 bi­lion.

Berdasarkan artikel-artikel ter­sebut, beberapa bekas Exco Pulau Pinang telah dinamakan dalam dokumen berkaitan.