Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, walaupun cadangan itu dilihat janggal ketika kerajaan terbeban dengan tanggungan hutang yang tinggi namun pihaknya tetap berharap supaya kenaikan gaji tersebut terlaksana.

“CUEPACS akan usulkan semula kepada kerajaan, namun ketika ini tentunya jadi agak janggal sedikit kepada kami kerana kerajaan telah membentangkan kedudukan hutang negara.

“Namun CUEPACS mengulangi perkara ini kerana penjawat awam amat berharapkan kenaikan gaji ini berlaku. Kerajaan terdahulu pernah menyuarakan hasrat mereka atas permintaan-permintaan kami dan kali ini kami harap dapat mengusulkan semula kepada kerajaan’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Efektif Pengurusan Pentadbiran, Gabungan Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Agung CUEPACS, Adnan Mat dan Presiden AUEGCAS, Abd. Wahab Abdullah.

Dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan tidak terikat dengan KGT yang dijanjikan pentadbiran terdahulu. - UTUSAN ONLINE