NAJIB bersama salah seorang Tok Batin Orang Asli di Cameron Highlands.- Foto FB Najib Razak
NAJIB bersama salah seorang Tok Batin Orang Asli di Cameron Highlands.- Foto FB Najib Razak 

Najib secara sinis berkata, kehadirannya di kawasan tersebut hanyalah untuk berjalan, makan angin dan membeli strawberi sahaja.

Pemimpin PH, Tian Chua kata saya ke Cameron Highlands hanya untuk ambil kesempatan meraih 'cheap publicity' (publisiti murahan). Cameron Highlands tempat sejuk, Kenapa pula Tian Chua naik panas?

"Saya ke Cameron hanya untuk berjalan-jalan, makan angin dan membeli strawberi sahaja. Dan oh, sempatlah melawat kawan-kawan lama dan lihat pembangunan untuk Orang Asli yang dibuat semasa saya PM dulu. Biarlah saya. Saya tak ke sana untuk mahu gigit sesiapa pun," kata Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Tian Chua hari ini berkata, penampilan Najib di PRK Cameron Highlands sesuatu yang agak luar biasa.

"Sebenarnya, Najib bukan satu contoh yang terbaik kerana masalah-masalah yang masih diwaris oleh masyarakat di Cameron Highlands ini, dan Najib tidak buat apa-apa sepanjang masa dia jadi perdana menteri.

"Sekarang dia mengambil kesempatan menggunakan ini (PRK) menjadikan pentas dia untuk mendapatkan 'cheap publicity' (publisiti murahan)," kata Tian Chua kepada portal berita Malaysiakini.

Menurut Tian Chua, Najib mungkin hanya mengambil kesempatan untuk  menggunakan PRK Cameron Highlands seolah-olah untuk membersihkan dirinya.

"Saya rasa tindakan itu adalah satu tindakan yang sangat lucu dan tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada BN," kata Tian Chua.