dihadapan orang ramai di Pekan Semenyih.

Jelas Nik Aziz Afiq, tujuannya mengisytiharkan harta itu adalah bagi menunjukkan setiap calon yang ditampilkan PSM tidak akan sesekali bertoleransi dengan rasuah serta tidak menggunakan kedudukan sebagai ahli politik untuk kepentingan diri dan keluarga.

“Oleh itu, saya juga berharap sempena Malaysia baharu, langkah mengisytiharkan harta ini dapat diikuti tiga calon lain yang bertanding kerana ini amat baik untuk penduduk di Semenyih.

CALON Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul melafazkan deklarasi harta ketika berkempen

CALON Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul melafazkan deklarasi harta ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil N24 Semenyih di Pasar Pagi Semenyih di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE/ MUHAMAD IQBAL ROSLI

“Kita mesti sama-sama naikkan tahap politik di negara ini ke arah yang lebih tinggi dan ia perlu dimulakan di Semenyih. Saya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sekiranya tiga calon yang lain tidak mahu mengisytiharkan harta mereka,” katanya.

Nik Aziz Afiq berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat akuan berkanun dengan tujuan mengisytiharkan harta di sebuah restoran di sini.

Menerusi akuan tersebut, Ahli Jawatankuasa Pemuda Pusat PSM itu yang juga merupakan seorang tukang urut telah mengisytiharkan jumlah nilai aset miliknya sehingga 14 Februari lalu adalah dianggarkan sebanyak RM15, 750.

Pada majlis tersebut juga, beliau turut melafazkan ikrar anti perkauman antaranya termasuklah dengan tidak menggunakan unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen. - UTUSAN ONLINE