Hal ini kerana, selang beberapa jam selepas Bob Manolan menuding jari menyalahkan laporan Malaysiakini berkenaan perkara itu, portal tersebut memuat naik rakaman audio sesi dialog beliau di Pos Betau hari ini.

Menerusi rakaman berdurasi 3 minit 12 saat itu, jelas apa yang diucapkan Bob Manolan adalah

BOB MANOLAN
BOB MANOLAN 

selari dengan laporan awal di­siarkan Malaysiakini mengenai ugutan yang telah dibuat.

Menerusi rakaman audio itu, Bob Manolan dipetik memberitahu, Tok Batin dan juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) adalah dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan gaji me­reka antara RM900, RM1,000 dan RM1,200 bergantung kepada jumlah penduduk serta keluasan kampung.

“Jadi, Batin ini memang dibayar oleh Kerajaan Pusat, maka itu Batin kena sokong PH. Tidak sokong, kita buang. Mana-mana Batin-batin yang tidak sokong kerajaan, kita tidak bayar gaji dia, betul! Jangan bayar gaji dia,” kata beliau menerusi rakaman tersebut.

Terdahulu, selepas tular laporan awal Malaysiakini mengenai ugutan dibuat Bob Manolan, beliau yang dihubungi Utusan Malaysia te­lah menafikan membuat kenya­taan seumpamanya.

Bob Manolan malah menyifatkan laporan dibuat portal berita itu telah disalah tafsir dan tidak dilaporkan sepenuhnya.

“Itu salah tafsir, mana ada (cakap begitu). Saya orang yang kuat mempertahankan Tok Batin, mana boleh hendak pecat mereka,” kata beliau ketika itu.

Kini, dengan adanya bukti rakaman audio sesi dialog beliau di Pos Betau, Jelai itu, apa pula alasan Bob Manolan?